AKADEMI MOMTAZZ

SELAMAT DATANG KE MOMTAZZ

KONSEP ASAS MOMTAZZ

MOMTAZZ diasaskan kepada konsep di mana penghafalan Al-Quran adalah teras, pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab, hadith dan Ulum Al-Syariah.

MATLAMAT MOMTAZZ

Matlamat terpenting di dalam pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala.  Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran  al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional  sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran.

BUDAYA MOMTAZZ

MOMTAZZ berusaha mencipta dan mempraktikkan budaya yang berlandaskan:

  • Kecintaan yang mendalam terhadap agama.  Kasih sayang dan kemesraan.
  • Hormat menghormati.  Persekitaran yang sentiasa memberangsangkan.
  • Kecintaan yang mendalam terhadap ilmu Al-Quran.
  • Suburnya minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat.

LULUSAN MOMTAZZ

Lulusan MOMTAZZ dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut :

  • Komited kepada agama.  Berpersonaliti Muslim sejati.
  • Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.
  • Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin.
  • Menguasai dengan baik Bahasa Arab.

SISTEM PENGAJIAN MOMTAZZ

Secara umumnya sukatan pelajaran di MOMTAZZ adalah sama dengan sukatan pelajaran di kebanyakan Maahad Tahfiz Al-Quran di Malaysia iaitu pengajian Al-Quran sepenuh masa, namun begitu pembelajaran Fardhu Ain juga tidak diabaikan bagi mengimbangi diantara Al-Quran dan tuntutan-tuntutan lain.

Di masa akan datang, MOMTAZZ akan berusaha memasukkan pembelajaran akademik secara berperingkat agar pelajar MOMTAZZ dapat memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan mampu bersaing di peringkat global yang mencabar dan memerlukan pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Pengajian Qismu Al-Quran 6 Peringkat :

Pra Naziroh Mengenal huruf tidak melebihi 6 bulan
Naziroh Membetulkan bacaan dari sudut makhraj huruf dan tajwid dalam tempoh 6 bulan
Hafizoh Menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 3 tahun
Mengulang Memantapkan hafalan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun
Syahadah Menduduki ujian syahadah membaca dan menghafaz Al-Quran 30 juzuk di MOMTAZZ yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam
Lanjutan Menyambung ke pusat pengajian tinggi agama khususnya dalam bidang Al-Quran di dalam atau luar negara

MOMTAZZ menggunakan sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Mata pelajaran disediakan adalah seperti berikut :

Al-Quran Tajwid, Tafsir dan Tarannum
Ulum Syariah Hadith, Tauhid dan Feqah
Akhlak Adab, Amalan Sunnah dalam kehidupan

KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM

Pengajian di madrasah ini dijangka akan mengambil masa diantara 3 tahun hingga ke 5 tahun mengikut kemampuan pelajar. Setelah tamat pengajian, satu peperiksaan akhir (syahadah) akan diadakan. Syahadah pengajian akan diberikan kepada pelajar yang berjaya.

Kurikulum maahad adalah berdasarkan kaedah yang diguna pakai oleh Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia dan Mesir  yang mengandungi kaedah tajwid, talaqqi, hafazan, tasmi’ dan murajaah. Antara kaedahnya, kami meletakkan sasaran jumlah juzu’ hafazan iaitu sebanyak  7 juzu’ semasa di tahun pertama, 10 juzu’ di tahun kedua dan 13 juzu’ di tahun ketiga. Bermakna 3 tahun pembelajaran, para pelajar boleh menyelesaikan hafazan mereka untuk sebuah Al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 tahun berdasarkan tahap kemampuan pelajar.

Ko-kurikulum di maahad ini, kami menyediakan kelas bimbingan asas kepada semua pelajar antaranya kelas tarannum, kelas qasidah, kelas pemantapan diri (Fardhu Ain) serta menghafal hadith. Disamping itu juga diwajibkan bagi semua pelajar mengikuti sesi riadhah setiap petang bagi mencergaskan minda, fizikal dan mental.

SYARAT KEMASUKAN MOMTAZZ

Calon-calon MOMTAZZ hendaklah memiliki syarat-syarat minimum berikut :

  • Pelajar yang telah tamat pengajian tahun 6 Sekolah Kebangsaan / Sekolah Rendah Kebangsaan / Sekolah Rendah Islam
  • Lulus ujian kemasukan iaitu mempunyai ciri-ciri berikut : 
    • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar,
    • Kemampuan menghafal Al-Quran,
    • Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik,
  • Bersedia tinggal di asrama dan sanggup mematuhi peraturan maahad

JADUAL PENGAJIAN

PENTADBIRAN MOMTAZZ

Maahad ini diurus tadbir oleh Lembaga Pentadbiran AKADEMI MOMTAZZ. Keanggotaan lembaga ini diketuai oleh seorang penasihat, seorang pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan lima orang ahli jawatankuasa. Manakala pentadbiran dalaman pula diketuai oleh seorang mudir, naib mudir, lajnah pentadbiran dan pembangunan, lajnah hal ehwal pelajar, pembantu kerani, warden asrama dan pengurus kantin. Pengetua juga dibantu oleh tenaga pengajar Al-Quran dan tenaga pengajar matapelajaran agama.

LEMBAGA PENGURUSAN AKADEMI MOMTAZZ

Penasihat 1 Dato' Luey Bin Puteh
Penasihat 2 Datin Rohani Binti Saim
Pengerusi Hazizah Binti Khamis
Timb.Pengerusi Abdul Karim Bin Sayuti
Bendahari Rahamat Bin Sayuti
Setiausaha Rashidah Binti Arshad
Ahli Jawatankuasa Muhammad Rashidi Bin Rahamat
Do NOT follow this link or you will be banned from the site! Scroll to Top